KINI RINDUKAN PULA ZURIAT

Kehadiran Emran warnai hidup Erra

KINI RINDUKAN PULA ZURIAT

Erra

TIDAK pernah ada perkataan serik dalam kamus hidup pelakon jelita ini. Biarpun pernah menempuh kegagalan dalam rumah tangga, namun beliau tidak menolak untuk menerima kehadiran cinta baru. Siapa sangka, pertemuan antara keduanya dalam masa yang singkat telah membuahkan bibit kemesraan berpanjangan apabila kedua-duanya selamat diijabkabulkan pada Syawal lalu.

Pelakon dan penyanyi yang turut dilabel sebagai primadona filem Melayu ini, Erra Fazira ternyata cukup bahagia setelah menemui cinta barunya. Tiada lagi kelihatan wajah muram sebaliknya lebih berseri-seri kerana bunga-bunga cinta sedang melingkari fasa kehidupannya kini. Ternyata suami tersayang, Engku Emran Engku Zainal, yang bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) di Suria FM cukup bertuah kerana berjaya mencuri hatinya setelah lebih setahun hidup keseorangan.

Sempena tahun baru, Seri Dewi & KELUARGA berkesempatan menemu bual Erra Fazira untuk menyelami perasaan sebenarnya dalam meniti kehidupan serba baru serta cabaran yang bakal dilaluinya kini.


ERRA: Semuanya ok dan tidak ada masalah berbangkit. Bagi Erra bergelar isteri bukanlah sesuatu yang baru kerana pernah mengalami situasi itu suatu ketika dulu. Malah, tidak ada banyak bezanya antara perkahwinan terdahulu dengan sekarang ini. Malah ketika dulu (semasa keseorangan) hanya memikirkan tentang diri sendiri sahaja dan kini ada orang lain yang perlu kita beri perhatian dan fikirkan.

SDK: Pernah mengecapi alam perkahwinan dulu dan kini kembali mendirikan rumah tangga semula. Apakah ada perbezaan antara perkahwinan terdahulu dan kini?
ERRA: Seperti yang Erra katakan tadi, tidak ada perbezaan antara perkahwinan dulu atau sekarang. Perkahwinan itu sebenarnya mematangkan dan mendewasakan diri dalam menghadapi banyak perkara. Terpulang kepada setiap pasangan bagaimana mengemudi sebuah perkahwinan agar ia berkekalan hingga ke akhir hayat.

SDK: Bagaimana pula dengan perancangan masa depan terhadap perkahwinan yang dibina kali ini?

ERRA: Banyak perancangan yang difikirkan dan antaranya kalau boleh Erra mahu menimang cahaya mata secepat mungkin. Kami berdua memang tidak pernah merancang dan lagi cepat lagi bagus. Maklumlah kehadiran anak mampu menjadi penyeri kepada sesebuah rumah tangga itu.

Iklan