jLo

JLO
Seleb paling berpengaruh

 

JLo atau Jennifer Lynn Lopez hari ni boleh diangkat sebagai ikon dunia hiburan. Trend yang cuba dibawanya sering menjadi ikutan, kalau setakat di kalangan peminat²nya je takpe jugak tapi selebriti
lain pun ada yang menjadikan gayanya tu sebagai panduan. Hmm… JLo memang bukan calang² artis…

Ikon hiburan Sepanyol

Dia pelakon, penyanyi dan pereka fesyen yang patut dicontohi, memang layak sangatlah JLo dikategorikan sebagai salah sorang daripada 100 rakyat Sepanyol yang paling berpengaruh. JLo sangat berjaya membawa namanya sebagai penghibur bukan saja di Amerika tapi jugak di seantero planet. Kiranya ni satu penghargaan buat sesiapa yang telah memberi impak besar dalam komuniti Sepanyol.
Menurut JLo, “Menjadi contoh pada orang lain adalah sebahagian daripada peranan besar saya dalam kerjaya saya. Ia merangsang saya untuk berfikir…”. JLo telah berada di tangga teratas dalam senarai penghibur Sepanyol yang mana turut diikuti nama² besar lain seperti Shakira, Carlos Santana, Julios Iglesias, Gloria Estefan dan ramai lagi.

Terbaru daripada JLo

JLo nampaknya semakin sibuk sejak kebelakangan ni. Penyanyi dan pelakon fofular ni bakal keluar dengan movie dan jugak album baru. Buat masa ni, dia dan hubby-nya Marc Anthony, tengah rancak mempromosikan movie terbaru lakonan dorang, “El Cantante”. Wah romantiknya you’ols! Ia adalah sebuah movie ber-genre-kan drama yang mengisahkan tentang sorang penghibur Puerto Rico, Hector Lavoe (Marc Anthony) yang telah memperkenalkan tarian salsa sekitar tahun 1975 dan membawanya ke Amerika Syarikat. Pastu, dalam tahun 2007 ni jugak dia telah menandatangani kontrak dengan New Line Cinemas untuk movie “Bridge and Tunnel”, yang mana dia akan membawakan watak sorang broker saham. Ahah, ada satu lagi berita baik buat penggemar muziknya, untuk julung² kali pada tahun ni, JLo
bakal keluar dengan sebuah album Sepanyol yang bertajuk “Como Ama Una Mujer”.

Iklan