intan nuraini

Intan Nuraini Dikecewakan Aktor Top Pelakon dan penyanyi cun yang popular dari Indonesia, Intan Nuraini bersedia untuk bertemu dengan dua bintang terkenal Malaysia, Mawi dan Rosyam Nor, anda ada usaha pihak produksi di sini menemukan mereka dalam drama atau filem.

Di Indonesia, Intan sangat popular dengan banyak drama TV, antaranya sinetron Puteri Cahaya (yang diterbitkan oleh Md Entertainment, penerbit Bawang Putih Bawang Merah), bintang utama drama Percikan, Bukan Cinderella, Gembel Naik Kelas, Adam & Hawa, Lagenda Ular Putih, Dua Hati dan Dunia Tanpa Koma.

“Kalau ada peluang, saya bersedia untuk ke lokasi untuk acting dengan sesiapa pelakon di sini. Saya diberitahu Mawi, Rosyam No adalah antara yang terkenal di Malaysia,” kata Intan yang dijangka kembali ke sini April nanti sempena Minggu Setiausaha di Kuala Lumpur bersama-sama penyanyi Rossa, yang berada di bawah satu pengurusan dengannya iaitu D’astroIntan Nuraini pernah bercinta dengan seorang aktor Indonesia. “Kami kenal dan bercinta apabila menjayakan sinetron yang sama. Bagaimanapun, apa yang melukakan saya apabila dia ada cinta lain di belakang saya selepas saya memberikan hati saya kepadanya. Apabila saya tahu perbuatannya, saya mahu kami putus cinta. Baru-baru ini selepas dia tidak bahagia dengan perempuan itu, dia mahu kembali kepada saya…”hai01.jpghai01.jpghai01.jpghai01.jpghai01.jpghai01.jpg

Iklan