Cinta remaja from Ziera@ladycake

Episod romantik
Iqram & Nieyl…

 

Edisi Valentines kali ini cukup istimewa. Episod cinta nan romantik di antara pelakon kacak, Iqram
dan bintang Mentor yang ‘cute’ iaitu Nieyl benar-benar menjadi! Tiada satu pun ‘pose’ mereka yang
nampak kaku walaupun kedua-duanya baru pertama kali bertemu.

Kamu sudah mempunyai teman istimewa? Jika ya, ceritakan bagaimana persahabatan tersebut terjalin?

Iqram: Dulu mungkin ada… sekarang ‘prem’ yang kesepian. Ha… ha.. haa..

Nieyl: Yup! Saya sudah pun bertunang. Detik persahabatan kami terjalin di rumah seorang teman
semasa ‘open house’.

Apakah yang membuatkan kamu tertarik padanya?
Iqram: Karakternya yang mencabar hati dan nurani gitu!
Nieyl: Kebijaksanaan, kejujuran, pandai memasak, menjahit dan selalu buat saya ketawa.

Makna CINTA dan VALENTINE pada mu…
Iqram: Cinta itu subjektif… dan ia lahir sukar untuk diucapkan. Hanya hati sahaja yang mengetahui
erti cinta yang sebenar. Manakala valentine pula adalah satu hari propaganda buat pasangan
kekasih.
Nieyl: Cinta murni dan tulus dari hati. Kamu tahu kamu sudah jatuh cinta bila….

Kamu tahu kamu sudah jatuh cinta bila….
Iqram: Hidup ku tak keruan… Ceh! Memang parah…
Nieyl: Di hati penuh dengan bunga-bunga cinta dan rindu…

Kenangan hari valentine yang paling indah dalam hidup…

Iqram: Zaman sekolah. Buat pertama kalinya memberikan jambangan bunga kepada gadis di
‘shopping complex’…. Hahahhaha…
Nieyl: Bila si dia melafazkan bahawa saya adalah satu-satunya wanita yang istimewa dalam
hidupnya. Sebelum ini, si dia memang tak pernah cakap macam tu. Boring tauuu!

Iklan